Logam Mulia

Dirham_kelantan

1 Dirham Kelantan

Dilancarkan pada 12 Ogos 2010 pada harga RM13.00

Hari ini RM ? Klik untuk harga semasa

Kenapa Emas & Perak menjadi aset no 1?

Sebagaimana dianjurkan oleh Junjungan Besar SAW ... Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yg tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Tahukah anda bahawa dengan menyimpan emas & perak, aset akan sentiasa bertambah?

EMAS & PERAK MEMANG MENGUNTUNGKAN!!!...

Bukan sahaja 1Malaysia tetapi 1 dunia pun tahu hal demikian! Bahkan menjadi aset dan stok pengimbal di setiap negara. Tetapi apakah bentuk tindakan anda? Bagaimana? Macam mana? Kenapa? Dan MENGAPA kita perlu menyimpan emas? ILMU EMAS sangat penting untuk anda jika ingin mengumpul aset dalam bentuk emas.

Di sini Al Amal Gold ingin berkongsi ILMU & PENGALAMAN TENTANG EMAS & PERAK dengan anda.

Harga emas 7 tahun

HARGA EMAS dari hari ke hari sentiasa naik walaupun kadang-kadang sempat turun sedikit. Sila rujuk graf di atas, berapakah harga emas 1 gram pada tahun 2005 dan cuba anda bandingkan adakah harganya masih sama pada tahun ini? Jawapannya TENTU TIDAK sama. Sudah tentu harganya amat jauh berbeza. Berapakah kenaikannya? Kenapa dan bagaimana ia terjadi?

Menabung atau menyimpan adalah budaya masyarakat kita, namun kesedaran untuk menyimpang emas dan perak masih lagi kecil dalam masyarakat kita. Apalagi yang menyedari rahsia kebaikan dan keistimewaannya. Keuntungan menabung emas dan perak adalah kerana harganya yang secara jangka panjang selalu naik tinggi, tidak seperti wang kertas/fiat (nilai paksaan) yang sentiasa dibayangi atau lebih tepat dipanggil dihantui oleh INFLASI yang amat mengerikan kerana ia adalah PEROMPAK DALAM SENYAP tanpa disedari oleh pemilik. Sekiranya kita MEMAHAMINYA kita tidak akan menyimpan wang di dalam bentuk wang kertas.

EMAS & PERAK AMAT MENAKJUBKAN BUKAN? Kerana NILAInya tidak di TELAN oleh INFLASI! HEBAT & AMAT ISTIMEWA! Kenapa ini berlaku? Kita boleh lihat melalui sejarah RASULULLAH SAW pada 1400 tahun lalu, tentang dinar dan dirham yang ada sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Harga seekor kambing gemuk adalah 1 Dinar (Emas) dengan 4.25gram 22 karat. Manakala harga seekor ayam dewasa adalah 1 Dirham (Perak) iaitu 2.97 gram. HARI INI iaitu selepas 1400 tahun lalu, harga seekor kambing masih sama iaitu 1 Dinar dan harga seekor ayam dewasa juga 1 Dirham. Jadi ini jelas menunjukkan Emas & Perak tidak dapat ditelan oleh inflasi pun setelah beribu tahun berlalu.

Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia. Ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun. Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.

Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul. Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak. Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.

Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.

Harga emas mengalami kenaikan rata-rata sekitar 25%-55% setahun, bahkan lebih. Tapi sebetulnya bukan harga emas yang naik, kerana nilainya dalam dinar & dirham tetap saja sama, namun nilai wang kertas atau wang fiat yang terus turun dari sehari ke sehari jadi ini yang menampakkan seolah-olah emas yang naik. ANDA PERLU TUKARKAN WANG KERTAS ANDA KEPADA WANG EMAS & PERAK, sebelum wang kertas anda tidak bernilai lagi. Tindakan pantas, hasil pun pantas.

Oleh karena KEHEBATAN EMAS & PERAK telah terbukti pada hari ini malah DIMULIAKAN OLEH ALLAH SWT didalam qalamNya, Jadi mulai dari sekarang mari kita kejutkan diri kita dari mimpi yang panjang dengan revolusi KEBANGKITAN DINAR & DIRHAM PADA UMAT TERPILIH DI ZAMAN INI.